Nama je pelik dan panjang… sebenarnya, mudah aje! Bahan-bahan pun senang nak dapat… resepi orang bujang yang naik angin nak masak ari nie… ekekeke… :p

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Goreng Kentucky Tempura Bermadu (Bersup)

Nama je pelik dan panjang… sebenarnya, mudah aje! Bahan-bahan pun senang nak dapat… resepi orang bujang yang naik angin nak masak ari nie… ekekeke… :p

BAHAN-BAHAN

  • Ayam
  • 1/2 biji bawang besar (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 kiub sup (bukak uncang dia, ambil separuh dan tumbuk)
  • 1 batang kecil kayu manis
  • 1 biji telur
  • 1 biji tomato
  • 1 batang lobak merah kecil
  • Kicap
  • Madu
  • 4 sudu besar Tepung Perasa Serbaguna Kentucky (RM 0.99 aje… hehehe murah)
  • 4 sudu besar Tepung Goreng Serbaguna Tempura
  • Garam dan perasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air 2/3/4 cawan (ikut suka)
  • Daun sup dan daun bawang pun mesti ada
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula, bersihkan ayam dan rebus la ayam itu. Sesudah nampak separuh masak, keluarkan ayam dan lumurkan dengan garam.
  • Sesudah itu, lumurkan dengan madu dan telur bertujuan untuk memudahkan tepung yang akan digunakan untuk melekat. Masukkan sedikit kicap dan lumurkan.
  • Kemudian, lumurkan dengan tepung Kentucky dan tepung Tempura. Biarkan ayam itu sekejap, biar ia menyerap aura bahan-bahan yang kita lumurkan tadi.
  • Bawang besar, bawang putih, halia dan rempah sup yang telah ditumbuk ditumis sampai naik bau. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam lebihan air rebusan ayam tadi untuk buat sup.
  • Biarkan ianya mendidih, kemudian masukkan pula 1 batang kayu manis kecil. Masukkan pula lobak dan tomato serta sedikit garam dan perasa. Itu aja untuk supnya!
  • Berbalik pula pada ayam yang beraura tadi. Goreng aja ayam itu. Itu aja! Hehehe.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN