Bagaimana cara nak masak Ayam Goreng Bijan?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Goreng Bijan

Bagaimana cara nak masak Ayam Goreng Bijan?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g isi ayam (Dipotong kecil) 
  • 5 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 1 sudu makan minyak bijan 
  • 1 sudu makan sos tiram 
  • 5 biji cili api (Dihiris kasar) 
  • 1 sudu makan perahan lemon 
  • 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek) 
  • 2 sudu makan bijan (Digoreng tanpa minyak) 
  • 3 sudu makan minyak masak
  •  Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan yang dihiris sehingga naik bau. 
    2. Masukkan isi ayam dan garam. Masakkan sehingga isi ayam berubah 
      warna. 
    3. Masukkan minyak bijan dan sos tiram. Kacau rata. 
    4. Masukkan cili api dan perahan lemon. Kacau rata lagi. 
    5. Padamkan api dan taburkan daun bawang. 
    6. Masukkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan bijan. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN