Resipi dari Pulau Pinang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Desa Murni

Resipi dari Pulau Pinang.

BAHAN-BAHAN

  • 10 kepak ayam
  • 1 inci halia (kisar)
  • 6 biji ketumbar
  • 1 batang kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 5 biji bawang merah (kisar)
  • 5 biji bawang putih (kisar)
  • 10 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar sos BBQ
  • Kunyit secukupnya
  • Garam , MSG dan gula secukupnya
  • Sedikit air asam jawa
  • Bawang besar secukupnya (potong bulat)
  • Cili merah dan cili padi secukupnya (belah 2)
  • Minyak
CARA PENYEDIAAN
  • Lumurkan kepak ayam dengan kunyit, garam, bawang putih, bawang merah dan halia. Perapkan seketika.
  • Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Goreng kepak ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bahan-bahan perap ayam tadi bersama ketumbar, kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  • Masukkan kicap pekat, sos tiram, sos BBQ dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  • Masukkan kepak ayam. Biarkan seketika. Masukkan pula cili merah, cili padi dan bawang besar. Tambahkan garam, MSG dan gula. Masak hingga pekat. Siap untuk hidangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN