Resepi ni saya dpt dr majalah mingguan wanita lame dah (tak ingat tahun bile). Dh jd menu harian kegemaran suami yg sukakan chinese food.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam cili kering dengan gajus

Resepi ni saya dpt dr majalah mingguan wanita lame dah (tak ingat tahun bile). Dh jd menu harian kegemaran suami yg sukakan chinese food.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan2 A:
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil)
  • 10gm tepung jagung (lbh kurang 2 sudu mkn)
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu mkn lada sulah
  • 1/2 sudu mkn garam
  • 1/2 sudu mkn serbuk perasa (jika suka)
  • 1/2 sudu mkn gula
  • 1/2 sudu mkn minyak bijan
  • Bahan2 B:
  • 10 tangkai cili kering (dipotong serong)
  • 1/2 inci halia (dimayang)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • Bahan2 C:
  • 1 cawan air
  • 2 sudu mkn sos cili (saya tmbh 1 sudu mkn sos tomato)
  • 2 sudu mkn sos tiram
  • 1 sudu mkn cuka (saya x letak)
  • 1 sudu mkn kicap cair
  • 1/2 sudu teh gula, stok ayam (saya guna kiub ayam) & lada sulah
  • 3 tangkai daun bawang – dipotong 2 inci
  • 100gm gajus – goreng hingga masak
CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan semua bahan A yang disediakan tadi hingga sebati dan goreng hingga masak dan toskan.
  • Tumis bahan B yang telah disediakan tadi hingga wangi.
  • Kemudian masukkan bahan C kecuali daun bawang dan gajus.
  • Biarkan sehingga mendidih dan masukkan semula bahan A. Gaul sehingga rata dan masukkan daun bawang dan gajus dan digaul lagi sehingga sebati.
  • Siap utk dihidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN