Baru pas masak tadi.. hehe, Hubby habis 2 ketul ayam… katanyer.. MAKNYUSSSSS!!!!!!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Berlado

Baru pas masak tadi.. hehe, Hubby habis 2 ketul ayam… katanyer.. MAKNYUSSSSS!!!!!!!!

BAHAN-BAHAN

  • 5 potong ayam yang telah dibersihkan
  • 9 biji cili merah / cili hidup (dikisar/ ditumbuk halus)
  • 4 biji bawang putih, (dikisar/ ditumbuk halus)
  • 2 biji tomato ukuran sedang (dikisar/ ditumbuk halus)
  • 1 inci gula melaka (dikisar/ ditumbuk halus)
  • 1 1/2 cawan air
  • 4 biji bawang merah dihiris nipis
  • 5 sdm minyak untuk menumis
  • # BAHAN UTK MEREBUS AYAM – ditumbuk kasar / dipecah2kan + 1 sdt garam #
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 4 biji bawang putih
  • 2 sdt biji ketumbar
  • Kacang Peas, daun seledri, hirisan bawang bombay sbg HIASAN
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Pertama, satukan ayam dengan bahan2 yang disediakan utk merebus ayam
  • Rebuslah ayam sampai masak selama 30 menit dengan menutup periuk rebusan.
  • Setelah ayam masak, angkat dan toskan. sementara itu, kita sediakan sambalnya.
  • Utk sambal, panaskan minyak utk menumis.
  • Satukan bahan2 yang sudah dikisar halus dengan air yg disediakan.
  • Tumiskan bawang merah yg dihiris nipis sampai sedikit garing.
  • Masukkan bahan2 yang telah disatukan tadi, tumislah semua bahan2 tersebut sampai naik bau.
  • Apabila bahan2 yg ditumis sudah bersatu dan masak, masukkan 5 potong ayam yg sudah ditoskan tadi. Gaul rata.
  • Setelah sambal sebati dengan ayam, masukkan kacang peas dan bawang besar. Aduk rata sampai bawang bombay sedikit layu.
  • Apabila bawang bombaynya sudah layu. matikan api dan hidangkan dgn hirisan daun seledri.
  • TARA!!!!!!!!!!!! Dah siap dan SELAMAT MENCUBA!!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN