Jiran setaman hamidah-surirumah.blogspot
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam ala Kenny Rogers
Jiran setaman hamidah-surirumah.blogspot
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
- Bahan-2 untuk make up ayam :
- 3 biji bawang besar
- 4 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (takde stok lada hitam serbuk)
- 2 sudu besar madu
- 1 ketul kiub ayam Knorr
- 2 sudu besar gula pasir
- 2 sudu besar herba campuran
- 1 1/2 sudu teh garam halus
- Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
- Sedikit mentega
CARA PENYEDIAAN
- Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
- Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
- Perap selama 1 1/2 jam.
- Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
- Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, saya menggunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
- Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini).
Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.