Masakan rekaan sendiri. Penyediaan 40 minit.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Afrika

Masakan rekaan sendiri. Penyediaan 40 minit.

BAHAN-BAHAN

  • Ayam setengah ekor potong kecil
  • Ubi kentang 3 biji – hiris kasar atau posting ikut suka
  • Bawang merah 3 biji – dihiris*
  • Bawang putih 2 bj – di hiris*
  • Halia 1/2 ibu jari – dihiris*
  • Serai 2 btg – dititik*
  • Bawang besar sebiji- hiris bulat
  • Lada hitam 1 sudu kecil di kisar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap pekat masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam digaul bersama serbuk kunyit, sedikit garam,sedikit kicap masin dan kicap manis.
  • Goreng ayam tersebut dengan api perlahan hingga cukup masak. Jika sukakan garing, boleh goreng lama sedikit.
  • Goreng ubi kentang pula hingga empuk.
  • Tumiskan bahan * hingga naik bau.
  • Masukkan lada hitam.
  • Masukkan kicap, sos tiram. Jika kurang masin tambah garam.
  • Bila sudah mesra, masukkan ayam, ubi kentang dan hirisan bawang besar.
  • Bila nak angkat masukkan madu, balik-balikkan ayam dan sedia untuk di hidang. Kalau inginkan lebih pedas boleh masukkan beberapa cilia api (dipotong kecil) sebelum diangkat dari kuali. Selamat Mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN