Resipi turun-temurun daripada bonda. Sudah dinusantarakan oleh saya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Austrian Cheese Bread

Resipi turun-temurun daripada bonda. Sudah dinusantarakan oleh saya.

BAHAN-BAHAN

  • Doh:
  • 300 gram tepung
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam halus
  • 4 sudu besar lemak sayuran
  • 1 sudu kecil yis kering
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 200 ml air
  • Inti:
  • 1 cawan kaya pandan (resipi asal guna jem kranberi)
  • 1/4 cawan kismis kuning
  • 1/4 cawan ceri merah (dicincang)
  • 2 keping keju (dicincang)
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan kesemua bahan doh dalam mesin. Adun hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal. Keluarkan dan tumbuk adunan untuk keluarkan angin.
  • Bahagikan adunan ini kepada beberapa bahagian yang kecil sebesar bola ping pong.Buat bulat dan rehatkan sebentar.
  • Campurkan kaya pandan dengan kismis, ceri dan keju dalam mangkuk. Gaulkan.
  • Canaikan doh yang telah direhatkan tadi. Masukkan 1 sudu besar inti kaya tadi dalam setiap adunan doh dan bulatkan. Biarkan adunan ini kembang 2 kali ganda.
  • Bakar antara 10-15 minit hingga masak pada suhu 180 darjah Celcius.
  • Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan di atas rak dawai. Sedia untuk hidangan (hidangan panas pun boleh).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN