resepi drpd mak…agak mudah sebenarnya walaupun penerangan tu nampak panjang…… :)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Assam Laksa
resepi drpd mak…agak mudah sebenarnya walaupun penerangan tu nampak panjang…… :)
BAHAN-BAHAN
- 1 kg laksa. -bilas dan rendam sekejap dgn air panas mendidih dan toskan.
- 10 ekor ikan kembung
- segenggam asam keping/gelugur
- segenggam daun kesum
- 1 senduk cili kisar
- air secukupnya dan garam secukup rasa
- Bahan sampingan yang dimakan bersama laksa:
- timun dihiris -hiris kecil
- bawang besar dihiris nipis
- cili padi dipotong kecil-kecil
- limau kasturi di belah dua
- telur rebus jika suka…saya tak suka..so tak letak..
- Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
- Rebus ikan dengan air yang banyak-cukup untuk kuah laksa.
- Setelah direbus lebih kurang setengah jam. Keluarkan ikan dari periuk dan sejukkan. Tapis air rebusan ikan ke dalam mangkuk dan ketepikan. Tulang ikan yang tertapis jangan di buang tapi letak dalam bekas yang lain.
- Bila ikan tadi dah sejukambil isi ikan sahaja dan asingkan dalam sebuah bekas. Manakala tulang serta kepala ikan tadi jangan di buang satukan dengan tulang ikan yang tertapis tadi dan sekarang masukkan ke dalam blender.
- Sebelum di kisar masukkan air rebusan ikan sama paras dengan tulang ikan yang ada di dalam blender. Kisarkan sehingga halus. Tapiskan tulang ikan yang dikisar tadi ke dalam sebuah bekas dan hampas kering dari tulang ikan yang dikisar boleh di buang.
- Ambil isi ikan yang telah di asingkan tadi masukkan ke dalam blender untuk di kisar. Sebelum itu masukkan dulu air tapisan tulang ikan kisar tadi sehingga sama paras dengan isi ikan di dalam blender, kalau ntiodak cukup boleh tambah dengan air rebusan ikan.
- Lepas dikisar halus, masukkan ikan yang telah dikisar tadi kedalam periuk diikuti dengan air rebusan ikan. Pasangkan api dan bolehlah mula merebus.
- Apabila kuah sudah mula panas, masukkan segenggam asam keping/gelugur, cili kisar untuk rasa sedikit pedas dan menambah warna pada kuah laksa. Biarkan sehingga mendidih.
- Bila kuah dah mendidih masukkan pula daun kesum dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih untuk lebih kurang 15minit.
- Rasa sedikt kuah kiranya dah cukup masam dan masin maka boleh lah ditutup api dapur..biarkan kuah mesra dalam periuk seketika. sementara tu boleh lah sediakan laksa..dengan pelengkapnya…
- Dah boleh dihidang…. kalau sudi..cubalah..!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.