Bagaimana cara nak masak Asam Rebus Daging?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Rebus Daging

Bagaimana cara nak masak Asam Rebus Daging?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g daging 
  • 1 inci halia (diketuk) 
  • Garam secukup rasa 
  • 10 tangkai cili kering 
  • 5 biji bawang merah 
  • 1 ulas bawang putih 
  • 1 inci kunyit 
  • 1 biji buah keras 
    (Cili kering, bawang merah,bawang putih, kunyit & buah keras dikisar bersama)
  • 8 tangkai daun kesum 
  • 3 keping asam gelugur 
  • 4 cawan air 
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
CARA PENYEDIAAN
    1. Rebuskan daging dengan halia dan sedikit garam sehingga lembut. Hiris kecil dan nipis. 
    2. Masukkan daging, bahan yang dikisar, daun kesum, asam gelugur, air, dan garam ke dalam periuk rebusan daging tadi. 
    3. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan daging menjadi lembut. 
    4. Masukkan tomato dan tutup api. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN