Resipi ni biasa dah kita tgk. Tapi sajer jer la nak tempek kat sini, mana taukan ada bahan yang uols tak letak, kita letak plak….eheheh meh ler cecuba, tak rogi weihh..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Pedas Kembung

Resipi ni biasa dah kita tgk. Tapi sajer jer la nak tempek kat sini, mana taukan ada bahan yang uols tak letak, kita letak plak….eheheh meh ler cecuba, tak rogi weihh..

BAHAN-BAHAN

  • 5 ekor ikan kembung sederhana besar (disiang dan dibersihkan spt biasa)
  • Bahan-bahan kisar:
  • 25 biji cili kering (ikut kepedasan. Dikerat dan di rebus spt biasa)
  • 4 biji bawang besar (kes malas nak kupas bawang kecik)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • Bahan direndam sebentar dan ditumbuk:
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Bahan-bahan lain:
  • 1/2 – 1 mangkuk kecik air asam jawa (ikut selera, nak masam@tak, nak pekat@cair air asam jawa tu, terpulang)
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 kuntum bunga kantan – dibelah 2@4
  • 1 cekak daun kesom – diambil daunnya
  • 2 biji tomato – dibelah 2@4
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Kalo ske daun limo purut, bleh letak lam 2@3 helai
  • Air secukupnya – ikut kesukaan, nak kuah pekat sikitkan air, begitulah sebaliknya.
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan serai. Tumis lagi, sehingga pecah minyak dan cili agak masak, bau mesti harum semerbak. Kacau jgn tak kacau nanti hangus.
  • Setelah itu, masukkan air asam jawa, kacau sebentar. Kemudian masukkan air, ikut selera nak pekat atau tak. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum. Biar menggelegak.
  • Bila kuah dah menggelegak@mendidih, masukkan ikan, garam dan gula, tunggu hingga ikan masak.
  • Akhir sekali, masukkan tomato dan daun limau purut (kalau tak suka tak payah letak ya, kengkadang ada org tak ske bau dia). Perasakan, kemudian bolehlah tutupkan api.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN