Bagaimana cara nak masak Asam Pedas Berempah Ikan Talapia?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Pedas Berempah Ikan Talapia

Bagaimana cara nak masak Asam Pedas Berempah Ikan Talapia?

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan tilapia (Dipotong 2) 
  • 15 tangkai cili kering 
  • 1 labu bawang besar 
  • 3 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai 
  • ½ inci lengkuas 
  • ½ cawan air
  • Sedikit belacan 
  • (Cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, serai, lengkuas, air dan belacan dikisar bersama)
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar 
  • 1 sudu makan kerisik 
  • 1 sudu makan asam jawa 
  • ½ cawan air (Dibancuh bersama asam jawa)
  • 1 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 1 kuntum bunga kantan (Dibelah 4) 
  • 6 biji bendi 
  • 10 helai daun limau purut (Dikoyak) 
  • 2 cawan air 
  • 4 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, dan kerisik sehingga pecah minyak dan naik bau. 
    2. Masukkan air asam jawa dan daun limau purut. Masakkan sehingga mendidih. 
    3. Masukkan ikan dan garam. Kemudian, biarkan mendidih sekali lagi dan pekat. 
    4. Masukkan tomato, bunga kantan, dan bendi. 
    5.  Perlahankan api dan biarkan sehingga sayur lembut. 
    6. Angkat dan sedia dihidangkan dengan nasi putih. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN