Gabungan antara masakan peranakan dan Melayu.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Asam Pedas Ayam
Gabungan antara masakan peranakan dan Melayu.
BAHAN-BAHAN
- 600 g ayam
- 5 kelopak sawi jeruk
- 1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air – ramas dan tapis jusnya
- 700 ml air (atau lebih mengikut keperluan)
- 1 cawan cili kisar
- Bahan Kisar Halus:
- 7 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1/2 camca teh lada hitam biji (kalau tak mahu, tak payah letak)
- 1/2 inci belacan
- 3 biji buah keras
- Bahan Lain:
- Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Ayam dikerat mengikut suka, perap dengan asam jawa dan garam 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
- Cuci sawi jeruk di bawah air mengalir. Perah sedikit dan potong sederhana besar. Ketepikan. Rupa sawi jeruk seperti dalam gambar:
- Panaskan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan kacau goreng dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana. Masukkan ayam tadi dan gaul hingga mesra dengan rempah, biar ayam kecut dengan rempah selama 5 minit.
- Tuang air (700ml) dan masukkan sawi jeruk tadi. Biarkan mendidih. Masukkan jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. (Mengikut citarasa masing-masing, yang penting mesti ada rasa masam, pedas dan sedikit manis). Biar mendidih perlahan hingga ayam masak. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.