Harum dan mengasyikkan.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Apple Pie
Harum dan mengasyikkan.
BAHAN-BAHAN
- 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
- 200 g gula pasir
- 50 g kismis
- 20 g tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- Doh pai:
- 500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh……)
- 200 g mentega
- 2 biji telur gred A, dikacau sedikit
- 250 g gula halus
CARA PENYEDIAAN
- Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
- Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan-akan serbuk roti. Tuang telur yang telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yang tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidak habis digunakan. Bungkus dengan plastik dan sejukkan 30 minit.
- Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh di antara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pai.
- Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dengan cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pai. Ratakan perlahan-lahan hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.
- Tutup permukaan pai dengan lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dengan kuning telur dan larikkan dengan garfu secara bersilang untuk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
- Sejukkan pai sebelum dipotong. Seeloknya gunakan tin khas untuk membuat pai atau ‘quiche’ yang dasarnya boleh ditanggal keluar. Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.