Apple Crumble Ringkas
Salah satu daripada masakan untuk buah apel yang sesuai sebagai desert..senang, resipi mudah dan ringkas
BAHAN-BAHAN
- 5 – 6 biji epal hijau (dibuang kulit dan di potong dadu)
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis
- 1/2 sudu kecil serbuk pala
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 cawan butter yang telah disejukkan.
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan oven pada suhu 180’C
- Masukkan buah epal yang dipotong dadu kedalam kaserol tahan panas.
- Satukan Gula Pasir, Serbuk Pala dan Serbuk Kayu Manis dan digaul rata
- Taburkan dengan rata serbuk gula tersebut keatas epal tadi.
- Dalam mangkuk lain satukan tepung dan gula perang, dan digaul dengan butter yang telah disejukan supaya menjadi seperti serbuk roti
- Taburkan keatas epal tadi dan dibakar selama 30 minit.
- Sedap bila dihidangkan bersama aiskerim…