Untuk peminat kayu manis… :-)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apple Cinnamon Muffin

Untuk peminat kayu manis… :-)

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur (dipukul dulu sebelum dicampur dalam adunan mentega + gula nanti)
  • 1 cawan ‘buttermilk’
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil ‘baking soda’
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan epal (didadu)
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • Hiasan atas: 1 sudu kecil serbuk kayu manis + 2-3 sudu besar gula (campur dan gaul-gaulkan)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven ke 190 C.
  • Pukul mentega bersama dengan gula, hingga berkrim.
  • Kemudian masukkan telur dan pukul lagi bersama-sama telur, hingga lembut/kembang.
  • Tambah ‘buttermilk’, garam, epal & gaul hingga sebati.
  • Dalam bekas lain, gaulkan bersama tepung, ‘baking soda’, serbuk kayu manis & serbuk penaik dan kemudian masukkan ke dalam campuran epal dalam langkah 4 tu, gaulkan adunan hingga ia macam lembap (‘moist’) gitu.
  • Sudukan ke dalam cawan muffin, letakkan hiasan atas. Bakar dalam lebih kurang 20 minit….yang buat tu kurang naik la pulak tapi rase tetap mengancam hehe.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN