Kek epal mudah.. sesuai untuk minum petang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apple Cake

Kek epal mudah.. sesuai untuk minum petang.

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji epal
  • 100g mentega-suhu bilik
  • 80g gula halus + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 100ml krim segar/krim putar
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
CARA PENYEDIAAN
  • Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam ketuhar. Panaskan selama 3 minit.
  • Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  • Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  • Lepas itu, masukkan krim segar. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik. Kacau sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan epal+air (air yang keluar dari epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  • Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN