Apom berinti beri biru (‘blueberry’) dan kiwi. Gebu dan manis.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apom Berinti

Apom berinti beri biru (‘blueberry’) dan kiwi. Gebu dan manis.

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 1 cawan air Sprite
  • 1 sudu teh ovalette
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 cawan gula kastor
  • Pewarna hijau dan ungu
  • Inti beri biru (‘blueberry’) dan kiwi
  • 1 sudu teh esen vanila/pisang atau ros
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul telur, gula dan ovalette dengan menggunakan pengadun.
  • Masukkan Sprite, esen dan pukul hingga kembang.
  • Ayakkan tepung dan serbuk penaik ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga ringan dan gebu.
  • Masukkan ke dalam acuan cawan kertas separuh penuh dan letakkan inti mengikut warna. Hijau-kiwi, ungu-beri biru. Penuhkan 3/4 acuan dengan adunan. Kukus hingga masak (10-15 minit).

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN