Variasi apam. Resepi dapat dari Dapur Hanieliza. Memang gebu, lembut dan sedap…mekar berkembang!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam Mekar

Variasi apam. Resepi dapat dari Dapur Hanieliza. Memang gebu, lembut dan sedap…mekar berkembang!!!

BAHAN-BAHAN

  • 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  • Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  • Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  • Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  • Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  • Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  • Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  • Kukus selama 10 – 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
  • Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh…!!
  • Inilah rupa “OVALLATE”. Seakan2 mentega tapi berwarna oren dan jernih sedikit. Yang saya jumpa, dijual dlm transparent container cam dlm gambar ni (sorry cik mat, pinjam gambar ek…)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN