Bentuk jejari sesuai untuk kanak-kanak.. mudah nak pegang.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Almond Peanut Stick
Bentuk jejari sesuai untuk kanak-kanak.. mudah nak pegang.
BAHAN-BAHAN
- *60g serbuk badam
- *25g gula aising
- *1 sudu besar tepung gandum
- 3 biji telur putih
- 25g gula aising
- Mentega kacang secukupnya
- Sedikit gula aising
CARA PENYEDIAAN
- Ayak semua bahan yang bertanda (*).
- Pukul telur putih dengan 25g gula sehingga kembang (‘meringue’).
- Kemudian masukkan bahan ayak tadi ke dalam ‘meringue’. Kacau dengan spatula sehingga sebati.
- Panaskan oven sehingga 160C.
- Masukkan adunan tadi ke dalam beg paip (‘piping bag’). Paipkan sepanjang 10cm. Paip perlahan-lahan biar jadi gemuk-gemuk. (Saiz muncung (‘nozzle’) yang saya guna 8mm).
- Taburkan sedikit gula ke atas jejari tadi. Bakar selama 20-25 minit.
- Sebelum makan, sapukan dengan mentega kacang. Kemudian kepitkan.
- NOTA: Telur kuning yang tak digunakan dalam resipi ni, boleh diguna untuk resipi Coffee cheesecake stick
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.