Resepi yang saya olah dari resepi kawan..
Coklat yang saya guna ialah coklat kompaun atau coklat masakan dari BS Bakery … coklat masakan Van Houtan atau Vochelle tak membantu…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Almond London

Resepi yang saya olah dari resepi kawan..
Coklat yang saya guna ialah coklat kompaun atau coklat masakan dari BS Bakery … coklat masakan Van Houtan atau Vochelle tak membantu…

BAHAN-BAHAN

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50 gm serbuk badam (jika suka)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (untuk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (coklat kompaun lebih baik dari coklat masakan)
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur, esen vanila dan dipukul lagi.
  • Masukkan serbuk badam, kacau.
  • Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, serbuk penaik dan gaulkan bersama adunan tadi.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.
  • Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong, masukkan kacang di dalamnya.
  • Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
  • Bakar pada suhu 200’C selama 20 minit.
  • Cairkan coklat masak dengan kaedah “double-boiler”.
  • Masukkan biskut tadi ke dalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna beg piping /’piping bag’ untuk sadur coklat…tak comot sangat!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan.
  • Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN