Di Muar, johor air pear yang rasanya masam2 tu terkenal. Resepi ni dari ibu saya sebenarnya air pear tu dibuat dari jeruk belimbing buluh.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Air jus pear muar

Di Muar, johor air pear yang rasanya masam2 tu terkenal. Resepi ni dari ibu saya sebenarnya air pear tu dibuat dari jeruk belimbing buluh.

BAHAN-BAHAN

  • Belimbing buluh dibuat jeruk, dibersihkan dan masukkan dalam bekas bertutup berisi air dan 2 sudu garam. Jerukkan selama seminggu.
  • 15 biji belimbing buluh jeruk.
  • Setengah cawan air jeruk belimbing buluh atau garam secukup rasa.
  • Gula secukup rasa
  • Ais.
  • Lebih kurang 1liter air.
CARA PENYEDIAAN
  • 15 biji belimbing buluh jeruk dikisar bersama gula pasir lbh kurg 8 sudu atau secukup rasa.
  • Campurkan dengan air jeruk atau garam, air dan ais. Selamat mencuba.
  • Ianya dipanggil air pear oleh orang yang menjualnya di bandar muar. Resipi ni tidak ada menggunakan buah pear, tapi rasanya sama seperti air pear muar.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN