
Kalau anda sedang mencari watermelon swiss roll yang bukan sahaja gebu tetapi juga cantik dipandang, resipi ini memang wajib cuba. Dengan corak kulit tembikai di bahagian luar serta isi merah di dalamnya, kek gulung ini memang nampak unik dan sesuai dijadikan hidangan untuk majlis, hari lahir atau minum petang bersama keluarga.
Walaupun hasil akhirnya nampak seperti dibuat oleh baker profesional, sebenarnya proses penyediaannya tidaklah sesukar yang disangka. Asalkan ikut setiap langkah dengan teliti terutama ketika menyediakan meringue dan melukis corak pada permukaan kek, hasilnya pasti memuaskan hati.
Paling menyeronokkan apabila kek siap digulung dan dipotong. Setiap hirisan akan memperlihatkan rupa tembikai yang comel dan kemas. Memang sesuai dijadikan pencuci mulut istimewa atau dijadikan hadiah buat insan tersayang.
Baca juga: Resipi Kek Coklat Kukus Anti Gagal, Tak Perlu Mixer Pun Jadi Lembut Dan Gebu!
RESIPI WATERMELON SWISS ROLL

Bahan adunan kek:
- 6 biji kuning telur (gred B)
- 1/2 cawan susu penuh krim
- 1/4 cawan minyak masak
- 1 sudu teh esen vanila
- 3/4 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar susu tepung
- 1/4 sudu teh garam halus
- 1 sudu teh red velvet emulco
- Beberapa titik pewarna merah
- Beberapa titik pewarna hijau
- 1 sudu teh coklat rice atau bijan hitam
Bahan meringue:
- 6 biji putih telur (gred B)
- 1 sudu teh cream of tartar
- 1/2 cawan gula kastor
Bahan inti:
- 1/2 cawan non-dairy whipping cream (dipukul hingga kental)
Cara-cara penyediaan:
- Satukan kuning telur, susu penuh krim, minyak masak dan esen vanila. Pukul menggunakan whisk sehingga berbuih.
- Ayak tepung gandum, susu tepung dan garam ke dalam adunan tadi. Kacau hingga sebati, kemudian ketepikan.
- Untuk menyediakan meringue, pukul putih telur bersama cream of tartar sehingga berbuih.
- Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sebanyak tiga peringkat sambil terus memukul sehingga mencapai tahap stiff peak.
- Masukkan meringue ke dalam adunan kuning telur secara tiga peringkat. Gaul menggunakan teknik kaup balik perlahan-lahan supaya adunan kekal ringan dan gebu.
- Bahagikan adunan kepada empat bahagian seperti berikut:
-2 sudu makan untuk warna hijau gelap.
-3 senduk untuk hijau cerah.
-3 senduk untuk warna putih.
-Baki adunan dicampurkan dengan red velvet emulco dan pewarna merah. - Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag.
- Alas loyang bersaiz 10 x 10 inci dengan baking paper.
- Picit adunan hijau gelap membentuk corak kulit tembikai. Bakar selama 1 hingga 2 minit pada suhu 150°C menggunakan api atas dan bawah. Pastikan corak masih sedikit lembut apabila disentuh.
- Seterusnya, picit adunan hijau cerah di atas corak tadi, diikuti adunan putih dan akhir sekali adunan merah.
- Taburkan coklat rice atau bijan hitam sebagai biji tembikai.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160°C selama kira-kira 30 minit menggunakan api atas dan bawah.
- Setelah masak, terus terbalikkan kek di atas baking paper. Tanggalkan baking paper asal, kemudian terbalikkan semula menggunakan baking paper yang baharu.
- Sapukan whipping cream secara nipis di atas permukaan kek dan taburkan sedikit lagi coklat rice.
- Gulung kek perlahan-lahan sehingga kemas. Biarkan selama 1 hingga 2 jam supaya bentuk gulungan lebih cantik dan stabil.
- Potong mengikut saiz yang diingini dan sedia untuk dinikmati.
Sumber: Nor Al Fatihah Tihah
Baca juga: Cara Buat Kek Butter Gebu Dan Cantik, Guna Pure Butter Memang Lebih Wangi
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














