Cuti sekolah telah tiba. Apakata kita buat watermelon meringue lollipops dengan anak-anak semasa cuti ini. Main gajet selalu pun tak elok untuk kesihatan, jadi ibu bapa perlu manfaatkan masa dengan perkara atau aktiviti yang berfaedah.
Dia ada rasa manis, lemon dan juga vanilla. Sesuai sangat untuk anak. Pada masa yang sama, mereka pun boleh buat bentuk ikut kreativiti masing-masing. Sesuai juga untuk dijadikan goodies lebih lagi akhir tahun ni banyak kenduri-kendara.
Resipi Watermelon Meringue Lollipops Comel
Bahan-bahan:
- 3 biji putih telur gred C (100 gram)
- 3/4 cawan gula kastor (150 gram)
- 1 sudu teh jus lemon
- 1 sudu teh esen vanilla
- Pewarna merah, kuning, hijau
- Coklat chips
Cara-cara:
- Satukan putih telur & gula. Kacau dulu hingga sebati.
- Kemudian, kacau di atas api dengan cara double boiler hingga gula cair. Angkat & tapiskan ke dalam mangkuk adunan.
- Campur jus lemon. Pukul dengan high speed hingga kembang.
- Campur esen vanilla & pukul lagi dengan high speed hingga bertanduk (stiff peak). Bila diterbalikkan mangkuk, adunan tidak jatuh.
- Bahagi adunan kepada 4 bahagian. Warna merah, kuning, hijau dan putih. Masukkan semua adunan ke dalam piping bag yang berasingan.
- Alas dulang pembakar dengan baking paper. Picit adunan putih secara menegak & letak batang lollipop. Selepas itu, picit adunan merah di bahagian atas sebagai isi tembikai.
- Masa ni saya dah panaskan oven pada suhu 90. Picit pula adunan putih & hijau secara memanjang di bawah adunan merah tadi sebagai kulit tembikai. Buat step yang sama dengan lollipop tembikai kuning.
- Akhir sekali, hias dengan coklat chips sebagai biji tembikai. Bakar pada suhu 90 selama 2 jam, api atas bawah. Meringue lollipop ni pembakarannya memang lama untuk dapatkan kerangupan & tekstur yang cantik je lepas bakar nanti.
- Biar sejuk sekejap baru tarik lollipop dari dulang. Tengok warnanya masih sama tak perang depan & belakang sebab ia dibakar dengan suhu perlahan.
- Sedia dinikmati. Crunchy sangat. Boleh simpan dalam beg kedap udara atau dalam peti ais.
Kredit: Nor Al-Fatihah T-hah
Baca juga:
Donut Pintal Gebu & Lembut, Resipi Viral Sampai 151k Shares di Facebook