Kami ingin kongsikan resipi tepung pelita yang merupakan pencuci mulut wajib dicari setiap kali tiba bulan puasa! Siapa je yang tak suka tepung pelita ini terutama sekali jika dimakan sejuk-sejuk.
Resepi ini menggunakan bahan-bahan mudah dan teknik yang tidak rumit, sesuai untuk mereka yang ingin menyediakan kuih klasik ini tanpa perlu bersusah payah.
Kalau anda tiada daun pandan, gunakan sahaja bekas comel seperti bekas dadih sebagai pengganti.
Jom baca resipi perkongsian di bawah ini.
Baca lagi: Resipi Kek Coklat Tiramisu Cheese Leleh, Setiap Suapan Terasa Nikmatnya!
RESIPI TEPUNG PELITA
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahagian Bawah Hijau:
- 1 cawan tepung beras
- 4 cawan air biasa (dikisar dengan 5 helai daun pandan untuk aroma dan warna asli)
- 1 helai daun pandan (disimpul, untuk dimasukkan semasa masak nanti)
- 1 cawan gula pasir
- Sedikit pewarna hijau (jika warna pandan kurang terang)
Bahagian Atas Putih:
- 4 cawan santan
- 4 sudu besar tepung beras
- Garam halus secukup rasa (untuk rasa lemak masin yang seimbang)
Cara-cara Penyediaan:
Langkah 1: Bahagian Bawah Hijau (Pandan)
1. Masukkan semua bahan untuk bahagian hijau ke dalam kuali: tepung beras, air pandan (air yang dikisar dengan daun pandan), gula pasir, dan simpulan daun pandan.
2. Kacau adunan ini secara perlahan di atas api sederhana sehingga adunan menjadi pekat dan menggelegak (terbit letup-letup).
3. Setelah adunan pekat dan sebati, tuangkan ke dalam bekas pilihan, sama ada menggunakan acuan tradisional atau bekas kecil seperti bekas dadih. Biarkan sejuk sementara menyediakan bahagian atas.
Langkah 2: Bahagian Atas Putih (Lemak-Lemak Masin)
1. Di dalam kuali yang lain, masukkan semua bahan bahagian atas putih: santan, tepung beras, dan garam secukup rasa.
2. Kacau campuran ini sehingga menjadi pekat dan juga menggelegak (terbit letup-letup) seperti bahagian hijau tadi.
3. Tuangkan adunan santan yang telah pekat di atas lapisan hijau yang sudah disediakan tadi.
4. Biarkan sejuk sehingga bahagian atas mengeras sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Julia ALeen Aireish
Baca lagi: Resipi Cucur Ayam Yang Rangup Di Luar & Juicy Di Dalam, Tak Cukup Sepinggan!