Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan tengah hari atau makan malam. Gabungan telur dadar dengan kuah santan yang pekat dan pedas memang membuka selera, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih panas.
Kalau selalu masak telur dadar dengan cara biasa, apa kata cuba pula resipi telur dadar masak lemak ini? Telur digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah santan yang dimasak bersama cili, bawang, serai dan asam keping.
Lebih menarik, resipi ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di dapur. Daun kunyit pula menambahkan aroma harum pada kuah, manakala rasa pedas cili api menjadikan hidangan ini lebih menyelerakan. Kuahnya boleh dimasak sehingga pekat mengikut cita rasa masing-masing.
Baca juga: Resipi Sambal Telur Berlada, Lauk Bajet Tengah Bulan Yang Buat Makan Nasi Lagi Berselera!
Bahan-bahan:
Nota: Kuantiti bahan boleh disesuaikan mengikut jumlah hidangan dan tahap kepedasan yang diinginkan.
Cara-cara penyediaan:
Tip tambahan: Jika suka kuah yang lebih pekat, masak dengan api kecil sambil mengacau perlahan sehingga mencapai kepekatan yang diinginkan. Pastikan telur dadar dimasukkan selepas kuah mendidih supaya telur tidak mudah hancur ketika dikacau.
Walaupun nampak ringkas, gabungan telur dadar, kuah santan berlemak dan rasa pedas cili api memang sesuai dijadikan lauk harian. Sekali makan dengan nasi panas, memang boleh bertambah nasi dibuatnya!
Sumber: Dhia Nadia
Baca juga: Resipi Telur Tomato, Tak Sampai 15 Minit Dah Siap! Masam Manis Memang ‘Ngam’ Dengan Nasi
Resepi dorayaki ini memang sesuai dicuba kalau suka kuih yang lembut, gebu dan mempunyai inti…
Apam pisang kukus antara kuih yang boleh disediakan menggunakan pisang berangan yang sudah cukup masak.…
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…