Categories: Resipi

Resipi Tauhu Sumbat Goreng Rangup, Letak Inti Sayur Penuh Macam Ini Memang Puas Hati!

Tauhu sumbat goreng memang antara kudapan yang susah nak ditolak, lebih-lebih lagi kalau dimakan panas-panas. Bahagian luar tauhu yang rangup digandingkan pula dengan inti sayur yang ringan dan bertekstur, memang sedap!

Resipi ini sesuai untuk anda yang nak sediakan menu ringkas menggunakan bahan yang mudah didapati di dapur. Intinya pula menggunakan gabungan lobak merah, kubis dan tauge yang memberikan rasa serta tekstur yang lebih menarik.

Nak makan sebagai kudapan petang pun boleh, dijadikan lauk pun sesuai. Hidangkan bersama sos pencicah atau cili padi untuk rasa yang lebih menyengat.

Baca juga: Resipi Tauhu Crispy, ‘Rahsia’ Luar Rangup Berkeriuk Tapi Dalamnya Masih Lembut

RESIPI TAUHU SUMBAT GORENG

Bahan inti:

  • 6 biji tauhu
  • Lobak merah (disagat)
  • Kubis bulat (disagat)
  • Segenggam tauge
  • 3 ulas bawang putih
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk perisa

Bahan salutan:

  • 10 sudu besar tepung gandum
  • 10 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar air kapur

Cara-cara penyediaan:

  1. Belah tauhu kepada dua bahagian. Goreng tauhu dalam minyak panas sehingga bahagian luarnya sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Sagat lobak merah dan kubis bulat. Sediakan bersama tauge.
  3. Ketuk bawang putih, kemudian tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan lobak merah, kubis dan tauge. Perasakan dengan garam serta serbuk perisa. Gaul hingga sayur masak.
  5. Angkat inti sayur dan biarkan sejuk terlebih dahulu.
  6. Sumbat inti sayur ke dalam bahagian tauhu yang telah dibelah.
  7. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, tepung beras dan air kapur. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan tepung yang sesuai untuk menyalut tauhu.
  8. Golekkan tauhu yang telah disumbat ke dalam bancuhan tepung sehingga keseluruhan bahagian bersalut.
  9. Panaskan minyak secukupnya. Goreng tauhu sehingga salutan tepung garing dan berwarna keemasan.
  10. Angkat dan toskan minyak. Tauhu sumbat goreng boleh dinikmati bersama sos pencicah atau cili hijau.

Sumber: Ct Mazni

Baca juga: Resipi Tauhu Sumbat Daging, Inti Padat Berjus & Memang Sedap Cicah Sambal Kicap!

Wan N

Recent Posts

Bosan Sarapan Roti Biasa? Cuba Resipi Roti Sardin Guna Sourdough, Tambah Keju Mozzarella!

Resepi roti sardin ini boleh menjadi pilihan menarik untuk sarapan pagi, terutamanya bagi yang inginkan…

40 minutes ago

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

16 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

17 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

18 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

19 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

19 hours ago