Anda mesti sudah biasa dengan tauhu bergedil, kan? Tapi, pernahkah anda rasa atau cuba resipi tauhu berlauk? Cara nak buat sangatlah simple.
Selain itu, tauhu berlauk ini juga sesuai untuk mereka yang sedang diet kerana bahan-bahan yang digunakan rendah kalori dan mengenyangkan perut!
Nak lagi sedap cicah dengan sambal kicap, memang ngam!
Jom tengok perkongsian dari Resepi Dapur Anne’s melalui laman sosial Facebook.
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Kunyit Berempah Super Mudah, Tak Pandai Masak Pun Boleh Buat!
RESIPI TAUHU BERLAUK
Bahan-bahan:
- 4 ketul tauhu
- 2 tiub tauhu Jepun
- Udang atau isi ayam
- Cili merah
- Daun bawang
- Daun sup
- 4 biji telur
- Garam
- Serbuk lada putih
- Serbuk perasa
Cara Penyediaan:
1. Kisar tauhu, tauhu Jepun, 2 biji telur, dan udang atau isi ayam sehingga halus.
2. Masukkan hirisan daun bawang dan cili merah ke dalam adunan yang telah dikisar.
3. Perasakan dengan garam, serbuk lada putih, dan serbuk perasa Maggi Cukup Rasa. Gaul rata.
4. Tuangkan adunan ke dalam bekas plastik.
5. Kukus selama 15-20 minit sehingga adunan menjadi keras.
6. Setelah adunan keras, keluarkan dan biarkan sejuk seketika.
7. Potong adunan mengikut saiz yang dikehendaki.
8. Pukul 2 biji telur yang baki.
9. Celupkan potongan tauhu ke dalam telur yang dipukul dan goreng sehingga keemasan.
Tauhu berlauk kini siap untuk dihidangkan.
Nikmati ketika masih panas untuk rasa yang lebih sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Resepi Dapur Anne’s
Related Posts
Resipi Popular
Resipi Kuih Tiram Rangup & Berlemak, Guna 3 Bahan Je Dah Siap!
Kek Pisang Coklat, Kaya Dengan Rasa Coklat & Tekstur Lebih Lembut
Hashbrown Ala McD, Buat Sendiri Tambah Cheese, Lagi Best!
Terung Tumis Kicap Manis Bersama Tauhu Telur, Licin Pinggan Makan
Cara Buat Puding Koktail, Bukan Saja Cantik Tapi Sedap, Lembut & Kurang Manis!
Artikel Popular
Tealive Lancar Air Baru Bertema ‘Sakura’ Menggunakan Kelopak Sakura Sebenar
Cinnamon Rolls @ Roti Gulung Kayu Manis Cara Mudah, Lembut Dan Gebu!
Sambal Ikan Bilis Garing, Pedas & Rangup, Mudah Je Nak Buat Rupanya!
Resipi Wholemeal Wrap Guna Daging Burger, Semudah ABC!
Sedapnya Sambal Tumis Ikan Kembung, Lauk Nostalgia Mak Selalu Masak
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!