resepi taufu fa

Siapa suka makan taufu fa? Ini dia resepi taufu fa yang mudah untuk anda cuba, hanya perlu menggunakan 3 bahan!

Walaupun bahan-bahan yang digunakan sangat simple, tapi hasilnya sama macam kita beli di pasar malam.

Seronoknua kalau dapat buat sendiri, boleh makan puas-puas. Jom lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya di bawah.

RESEPI TAUFU FA

Bahan-bahan:

  • 2 kotak susu soya 1 liter
  • Agar-agar tali 8 gram
  • Air 1 cawan + daun pandan

Cara-cara:

1. Tuangkan air bersama daun pandan dalam periuk serta agar-agar tali 8 gram. Masak atas dapur sehingga semuanya cair dan tak nampak tali agar-agar itu.

2. Kemudian, tuangkan air soya 2 kotak besar. Biarkan mendidih.

3. Bila dah mendidih, tapiskan ke dalam bekas besar.

4. Masukkan dalam peti ais atau biarkan pada suhu bilik. Biarkan dalam masa 3 jam ke atas supaya ia mengeras.

5. Bila taufu fa dah ‘stabil’, boleh sendukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air gulanya.

RESIPI AIR GULA

Bahan-bahan:

  • 5 sudu besar gula putih atau merah
  • 1 cawan air

Cara-cara:

1. Sementara tunggu taufu fa mengeras, jom kita buat air gula merah atau gula putih. Satukan 5 sudu besar gula (putih atau merah) dan 1 cawan air.

2. Panaskan di atas dapur. Bila dah mendidih, ketepikan. Kalau guna gula merah, perlu ditapis terlebih dahulu.

Kredit: Nieza Nor Hamnira

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN