talapia

Pernah cuba ikan Talapia Garing Sos Limau ala Cambodia? Hidangan ini sangat terkenal tau di negara sana.

Kalau jenis suka mencuba resipi baru, jom cuba masak lauk ini. Mesti akan jadi menu baru kegemaran korang.

Tak renyah nak buat juga sebab tak banyak pakai bahan. Jom kita ikuti resipi perkongsian dari Marina Ismail ini.

Baca juga: Resipi Ikan Stim Ala Nyonya Sedap & Isi Lembut, 4 Langkah Je Dah Siap!

Beliau ‘claim’ katanya sedap sampai menghirup pinggan. Fuhh! mesti sedap dengan rasa isi talapia yang dilapik dengan rasa masam, masin, manis dan pedas.

Meleleh air liur min bila nak explain. Hiks!

Jom kita cuba~

Resipi Talapia Garing Sos Limau Style Cambodia

Bahan-bahan:


  • 1 ekor ikan talapia
  • 3 biji limau nipis (ambil jus)
  • 3 sudu besar gula
  • 3 biji cili padi merah (dipotong halus)
  • 5 biji cili padi hijau (dipotong halus)
  • 5 sudu besar sos ikan
  • 7 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • 2 tangkai daun ketumbar (dipotong halus)
  • Garam untuk lumur ikan

Cara-cara memasaknya:

1. Basuh ikan sehingga bersih dan hilang hanyirnya dengan limau nipis.

2. Lumurkan garam secukupnya pada ikan dan perap seketika. Tak perlu letak kunyit tau.

3. Goreng ikan talapia tersebut sehingga garing. Kemudian, ketepikan.

4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Jangan sampai ia garing.

5. Campurkan sos ikan, gula jus limau nipis, cili padi, dan daun ketumbar. Kacau sebati.


6. Masukkan bancuhan di atas tadi dalam kuali yang sedang menumis bawang putih tadi.

7. Kacau dan rasa. Mesti rasa tau. Sebab masakan ini perlu cukup rasa masam, manis, masin, dan pedas. Kalau ada yang terkurang, adjust balik masakannya.

8. Selepas siap, boleh tuangkan ke atas ikan talapia yang sudah digoreng garing dan siap untuk dihidang.



Nota tambahan: Korang kena beli talapia yang masih hidup berenang dalam akuarium tu. Dia orang akan tangkap dan terus siang. Rasa isi ikan lebih sedap, isi pejal dan manis.


Talapia tergolong dalam ikan air tawar. Pastikan basuh betul-betul sampai hilang bau.

Guna limau nipis paling bagus. Cepat je hilang bau hanyir ikan tu nanti. Korang kena ikut tips ni kalau nak masakan korang sedap.

Selamat mencuba!


Sumber: Marina Ismail

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN