Tekak teringin nak makan makanan western? Jom cuba buat Swedish Meatball Ala Ikea yang mudah dan sangat sedap ini.
Kalau malas nak keluar rumah, masak sendiri je senang. Lagi puas hati kalau buat sendiri, boleh makan banyak-banyak.
Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Puan Liza Idris di bawah. Selamat mencuba!
1. Panaskan kuali, masuk 2 sudu butter.
2. Masukkan hirisan bawang holland yang dipotong dadu. Kacau bawang sampai layu.
3. Masukkan 2 sudu tepung gandum. Kacau dan kacau biar sebati.
4. Letakkan tomato dan kacau lagi.
5. Tuang 1 gelas susu segar. Jenama apa pun boleh.
6. Masukkan pula air 1 gelas. Kacau lagi.
7. Masukkan semua sos. Kacau sampai sebati.
8. Letakkan 1 kiub pati ayam.
9. Garam secukup rasa.
10. Kuah dah siap. Biar sejuk sekejap.
11. Masukkan kuah dalam pengisar dan blend.
12. Panaskan kuali, masuk 2 sudu butter dan goreng meatball. Guna minyak masak pun boleh. Guna butter untuk rasa lebih lemak lagi.
13. Rebus sayur campur bagi lembut.
14. Susun meatball dalam pinggan dan tuang kuah tadi. Hias dengan sayur dan kentang goreng. Selamat mencuba.
Kredit: Liza Idris
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…