resipi sup tauhu telur

Nak masak secara ringkas tapi menyelerakan, resipi Sup Tauhu Telur antara hidangan yang wajib dicuba. Apabila hirup kuahnya, selera seisi keluarga boleh terangkat.

Sup ini bukan saja penuh dengan khasiat, tapi juga mudah disediakan. Apabila digabungkan dengan sayur-sayuran, lengkaplah ia sebagai hidangan yang seimbang dan berkhasiat.

Seorang pengguna di Facebook iaitu Rosni Musa telah kongsikan resipi Sup Tauhu Telur yang sangat sesuai dijadikan sebagai menu harian. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sup Darat Kuah Jernih & Rasa Ringan, Hirup Panas-Panas Terus Badan Lega!

RESIPI SUP TAUHU TELUR

resipi sup tauhu telur

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dan goreng tauhu telur yang telah dipotong-potong sampai keperangan, angkat dan toskan.

resipi sup tauhu telur

2. Kemudian, keluarkan sedikit lebihan minyak dan masukkan bawang putih serta halia. Tumis sampai naik bau.

3. Selepas itu, masukkan pula lada hitam dan tumis lagi seketika.

4. Seterusnya, tuang secawan air atau ikut banyak mana air yang dikehendaki.

5. Kemudian, perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit stok ayam.

6. Setelah itu, masukkan sayur-sayuran pilihan dan renihkan seketika.

7. Masukkan pula tauhu. Setelah mendidih, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau-kacau supaya tepung tak berbintil.

8. Apabila sup sudah memekat, masukkan telur yang telah dikocok dan tuang secara lingkaran.

9. Akhir sekali, renihkan seketika dan bolehlah ditabur dengan sedikit daun sup. Siap untuk dihidang!

Jika tercari-cari lauk ringkas tapi tetap sihat dan sedap, buat saja resipi Sup Tauhu Telur yang mudah di rumah. Silap-silap, anak-anak akan minta buat lagi nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Rosni Musa

Baca juga: Resepi Sup Tofu Telur Siap Dalam 10 Minit, Kuah Pekat Likat Sampai Jilat Sudu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN