resepi sup tofu telur

Buat anda yang kekeringan idea untuk masak sup sedap di rumah, boleh cuba resepi Sup Tofu Telur mudah ini. Tambah pula apabila cuaca hujan, semangkuk pun cukup mengenyangkan.

Jika anda baru nak cuba masak Sup Tofu Telur, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Fiza Yusof di Facebook. Bahannya mudah, langkah pun tak banyak. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sup Tauhu Telur Semudah ABC, Makin Berselera Hirup Kuahnya!

RESEPI SUP TOFU TELUR

resepi sup tofu telur

Bahan-bahan:

  • 2 batang tofu telur (dipotong dan dilumur dengan tepung jagung atau tepung ubi)
  • Minyak (untuk menggoreng dan menumis)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 cawan air
  • 1 batang lobak merah (dihiris nipis)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Air bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
  • 1 biji telur (dipukul)
  • Garam atau serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit lada putih dan lada hitam
  • Daun bawang (untuk hiasan)
  • Sayur tambahan: broccoli atau sawi jepun (pilihan)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan sedikit minyak dan goreng tofu telur yang telah disalut tepung sampai keemasan, angkat dan ketepikan.

2. Kemudian, guna kuali lain dan tumis bawang putih yang dicincang sampai wangi.

3. Masukkan air dan biarkan mendidih, kemudian masukkan lobak merah.

4. Selepas itu, tambahkan sos tiram dan kacau rata.

5. Perlahan-lahan tuangkan telur yang telah dipukul ke dalam sup sambil dikacau perlahan.

6. Seterusnya, masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

7. Setelah itu, perasakan dengan garam, serbuk perasa, lada putih dan lada hitam.

8. Kemudian, masukkan tofu yang digoreng tadi dan sayur pilihan.

9. Akhir sekali, taburkan daun bawang. Siap untuk dihidang!

Resepi Sup Tofu Telur ini nampak saja ringkas, tapi cukup menyelerakan. Rasa lemak daripada tofu, manis sayuran dan kepekatan kuahnya buatkan hidangan ini terasa sempurna.

Selamat mencuba!

Sumber: Fiza Yusof

Baca juga: Sup Sayur Tauhu Telur Simple, Sesuai Untuk Yang Nak Diet Tapi Suka Makan Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN