sup daging ori Thai

Sedapnya sup daging ori Thai ini. Rasa dia tak sama dengan sup yang kita biasa masak tu sebab ada bahan wajib yang kena letak iaitu sos ikan.

Kalau nak tahu padu tak padu sup daging ni, jom cuba masak nanti dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Ahmad Shinoda di bawah. Selamat mencuba!

Cara Buat Sup Daging Ori Thai

Bahan-bahan rebus:

  • Daging 300g
  • 3 inchi halia tumbuk
  • 3 hiris lengkuas
  • 2 akar pokok daun ketumbar
  • 1 biji bawang holland kecil
  • Sedikit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Sesudu gula

Bahan-bahan:

  • 3-4 ulas bawang putih (ketuk)
  • 2 batang serai
  • Cili padi
  • Daun limau purut
  • 1 biji bawang holland (hiris)
  • Daun ketumbar (hiris)
  • 1/2 biji tomato
  • 2 biji jus limau nipis
  • 3-4 sudu sos ikan

Cara-cara:

1. Rebus daging bersama 3 inchi halia tumbuk, 3 hiris lengkuas, 2 akar pokok daun ketumbar, 1 biji bawang holland kecil, sedikit kayu manis dan bunga lawang.

Jangan letak garam sebab nanti nak letak sos ikan yang agak masin. Hanya letak sesudu gula. Rebus sampai empuk, air jangan terlalu banyak.

sup daging ori Thai

2. Tumis bawang putih sampai kekuningan. Masukkan serai, bawang holand, cili padi dan daun limau purut. Tumis sampai layu dan wangi.

3. Masukkan tumisan ke dalam sup tadi bersama tomato.

3. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. (sos ikan wajib ada untuk rasa lagi kick)

sup daging ori Thai

4. Biarkan dalam 2 hingga 3 minit. Tutup api dan taburkan daun ketumbar.

Selamat mencuba!

sup daging ori Thai

Kredit: Ahmad Shinoda

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN