sos sukiya

Sos Sukiya memang antara sos yang sedang jadi kegilaan ramai sekarang, terutama bila buat steamboat atau grill di rumah. Rasa lemak, pedas, wangi dan segar memang buatkan makan jadi lebih berselera sampai tak sedar boleh tambah berkali-kali.

Buat sendiri sos seperti ini di rumah sebenarnya sangat mudah dan lebih berbaloi. Selain jimat, kita juga boleh sesuaikan rasa ikut cita rasa sendiri. Lagi-lagi bila dinikmati bersama sayur celur atau daging grill panas-panas, memang terasa lebih padu.

Resipi sos ala sukiya homemade ini juga semakin viral kerana ramai yang sudah mencubanya dan berpuas hati dengan rasanya. Gabungan roasted sesame dressing, herba segar dan chili oil homemade menjadikan rasa sos ini lebih lazat.

Baca juga: Resipi Sos Steamboat Homemade, Boleh Makan Tiap Minggu Di Rumah!

RESIPI SOS SUKIYA HOMEMADE

sos sukiya

Bahan sos ala sukiya:

  • Roasted sesame Kewpie (sos bijan panggang)
  • Daun bawang (dihiris halus)
  • Daun ketumbar (dihiris kasar)
  • Bawang putih (dicincang)
  • Cili padi (dihiris)
  • Chili oil (beli yang siap atau buat sendiri)

Cara sediakan sos ala Sukiya:

  1. Dalam mangkuk, masukkan roasted sesame Kewpie sebagai asas sos.
  2. Tambahkan bawang putih cincang, cili padi, daun bawang dan daun ketumbar.
  3. Masukkan chili oil yang telah siap dibuat tadi.
  4. Gaul semua bahan hingga sebati.
  5. Siap untuk dinikmati bersama steamboat, grill atau sayur celur.

Jika ingin membuat sendiri chili oil, boleh lihat resipi di bawah.

Bahan chili oil homemade:

  • Bawang merah kecil (atau boleh ganti dengan bawang putih), dihiris halus
  • Chili flakes
  • Sedikit serbuk cili (jika mahu lebih pedas)
  • Kiub pati ikan bilis
  • Gula secukupnya (jika suka sedikit manis)
  • Minyak masak secukupnya

Cara buat chili oil:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api kecil.
  2. Goreng bawang merah yang dihiris hingga naik bau harum dan sedikit garing.
  3. Masukkan kiub pati ikan bilis dan kacau hingga larut.
  4. Tambahkan chili flakes, serbuk cili dan sedikit gula.
  5. Kacau rata hingga warna merah cantik dan minyak beraroma. Siap untuk digunakan.

Sumber: Thread @aidayuha

Baca juga: Jom Buat Steamboat Homemade, Siap Dengan Resipi Sos Pencicah Ala Johnny’s

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN