Kalau pergi food court wajib makan sizzling. Tapi kali ini sizzling lain dari lain iaitu Sizzling Spaghetti Buttermilk Bersama Ayam Popcorn.
Bunyi pun macam sedap kan? Tapi memang sedap pun! Peminat ayam buttermilk wajib cuba.
Kadang-kadang lunch bosan makan nasi, apa kata jom masak menu ini pula. Selamat mencuba!
1. Didihkan air. Masukkan 2 sudu teh garam dan rebus spagetti hingga lembut anggaran 10-12minit. Setelah masak, tos dan ketepikan.
2. Dalam kuali, cairkan mentega. Tumis bawang putih, cili padi merah & daun kari hingga wangi.
3. Masukkan susu cair dan susu full cream. Perisakan dengan serbuk pati ayam, lada sulah dan lada hitam berperisa.
4. Apabila mendidih masukkan keju cheddar dan kacau hingga mencapai kepekatan yang diingini.
1. Larutkan 1 sudu besar tepung goreng ayam pedas dengan sedikit air. Perap ayam dalam adunan selama 30 minit.
2. Dalam bekas berasingan, satukan tepung goreng ayam pedas, asli, tepung jagung & tepung beras. Kacau sebati.
3. Panaskan minyak. Celup isi ayam ke dalam adunan tepung kering dan goreng hingga masak.
1. Panaskan kuali hot plate.
2. Masukkan spagetti untuk satu portion ke dalam hot plate dan tuang kuah buttermilk ke atas spagetti.
3. Sedia dihidang bersama popcorn chicken.
Kredit: Nurha Muhammad
Ada biskut Marie di rumah? Apa kata cuba buat puding batik biskut Marie yang berlapis…
Nak masak lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan? Resipi ayam kukus halia simple ini boleh…
Resipi pari asam pedas ini menggunakan gabungan jintan manis dan daun kesum untuk menghasilkan kuah…
Bukan sekadar manis dan lemak berkrim, kuih bakar pandan bijan ini menyimpan kisah menyentuh hati…
Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…
Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…