
Pernah cuba nasi goreng bunga kubis? Menu ini sesuai untuk yang ingin menikmati rasa nasi goreng kegemaran tetapi mahu kurangkan pengambilan nasi. Menggunakan bunga kubis yang dikisar atau diparut halus sebagai pengganti nasi, hidangan ini tetap sedap dengan rasa rencah yang sama seperti nasi goreng biasa.
Walaupun nampak ringkas, nasi goreng bunga kubis sebenarnya mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan. Tekstur bunga kubis yang dicincang halus memberikan rasa seakan-akan nasi, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bawang, ikan bilis dan telur.
Resipi ini juga sesuai dijadikan menu sarapan, makan tengah hari atau makan malam yang cepat disediakan. Bagi yang sedang mencari idea menu berbeza, resipi ini boleh jadi pilihan yang sedap dan mengenyangkan.
Baca juga: Tomyam Sotong Versi Diet, Resipi Simple Masam Pedas Yang Sedap Dan Rendah Kalori
RESIPI NASI GORENG BUNGA KUBIS TANPA NASI

Bahan-bahan:
- Bunga kubis (diparut atau disagat halus)
- Bawang putih
- Bawang merah
- Segenggam ikan bilis
- Telur
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara penyediaan:
- Bersihkan bunga kubis terlebih dahulu. Kemudian parut atau sagat bunga kubis sehingga halus menyerupai tekstur nasi.
- Tumbuk bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sehingga lumat. Boleh juga gunakan chopper untuk lebih cepat.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan ikan bilis menjadi sedikit garing.
- Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau sehingga telur masak.
- Masukkan bunga kubis yang telah disagat tadi. Gaul rata bersama bahan tumisan.
- Perasakan dengan garam secukup rasa dan masak sekejap sahaja supaya bunga kubis tidak terlalu lembik.
- Selepas siap dimasak, angkat dan masukkan ke dalam penapis seketika. Biarkan lebihan air keluar supaya teksturnya lebih kering dan rasa lebih seperti nasi goreng.
- Nasi goreng bunga kubis siap untuk dinikmati. Boleh tambah hirisan cili, sayur atau lauk kegemaran mengikut citarasa.
Mudah sahaja kan? Walaupun tanpa nasi, rasanya tetap menarik kerana menggunakan rencah nasi goreng yang biasa kita buat di rumah. Sesuai untuk sesiapa yang mahu cuba menu baru yang lebih ringan tetapi masih sedap.
Sumber: Fyra OrkedCantik
Baca juga: Resipi Telur Kukus Paling Senang! Menu Diet Ringkas, Bajet Jimat Tapi Rasa Tetap Sedap
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














