sayur tauge goreng

Sayur tauge goreng ini menjadi pelengkap sempurna untuk ‘Nasi Sumatera’ yang terkenal di Negeri Kelantan. Siapa yang pernah makan pasti tahu betapa sedapnya hidangan ini.

Timun batang juga wajib ditambah kerana ia memberikan aroma yang lebih wangi dan rasa yang makin menggoda selera.

Jadi, siapa yang teringin nak cuba, boleh lihat resipi lengkap yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Afy Al Habibi di bawah.

Baca juga: Cara Masak Sayur Kailan Udang Kering, Confirm Jadi Lauk Kegemaran Satu Rumah

RESEPI SAYUR TAUGE GORENG

sayur tauge goreng

Bahan tumbuk:

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah saiz syiling 50 sen
  • 2 tangkai cili padi (pecahkan sekali sahaja)

Bahan B (lauk):

  • Udang (kalau nak sedap, tambah lebih. Kalau sedikit pun masih boleh)
  • Sejemput ikan bilis

Bahan C (sayur):

  • 3 genggam tauge
  • 8 potong timun batang (hiris)
  • Cili besar merah
  • Cili padi hijau & merah
  • 1/8 biji bawang besar

Cara memasak:

  1. Tumbuk lumat bahan A, kecuali cili padi hanya dipecahkan sekali sahaja.
  2. Panaskan sedikit minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing, kemudian ketepikan.
  3. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau, kemudian masukkan udang.
  4. Sediakan bahan perasa (serbuk kunyit, garam, gula, perasa, serbuk lada sulah (pilihan). Sukatan ikut citarasa. Yang penting rasa cukup, tapi serbuk kunyit perlu sedikit lebih supaya sayur nampak kuning cantik.
  5. Masukkan semua bahan perasa ke dalam kuali dan kacau sebati. Tambah sedikit air (hujung gelas sahaja).
  6. Masukkan tauge dan kacau bersama bahan tumisan. Goreng tauge sehingga agak layu. Tambah perasa jika perlu.
  7. Masukkan timun batang, cili dan bawang besar. (Boleh tambah kacang panjang jika suka.) Kacau sekata. Masak selama 2–3 minit sahaja supaya timun tetap segar dan warna hijau menyerlah.
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Siap! Sayur tauge goreng ini pasti menaikkan rasa nasi bungkus. Aroma timun batang yang wangi membuatkan hidangan lebih menggoda.

Sumber: Afy AL Habibi

Baca juga: Sayur Bendi Tahan Lama Kalau Ikut Cara Simpan Ini, Confirm Tak Cepat Rosak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN