resipi cucur udang lembut

Resipi cucur udang lembut dan gebu ini menggunakan bahan-bahan ringkas saja tetapi tetap menghasilkan cucur yang bulat dan tidak terlalu berminyak.

Namun, tidak semua orang pandai membentuk cucur dengan sempurna. Ada yang hasilnya leper atau mudah menyerap minyak.

Oleh itu, dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa petua berguna untuk memastikan cucur anda menjadi lembut, gebu dan cantik bulat.

Baca juga: Resipi Cekodok Pisang Rangup & Tak Berminyak, Rahsianya Kena Guna Tepung ‘Ini!

RESIPI CUCUR UDANG LEMBUT DAN GEBU

resipi cucur udang lembut

Bahan-bahan cucur udang:

  • 10 sudu besar tepung gandum
  • Udang secukupnya
  • 1 sudu yis
  • 1 biji telur
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Air suam (agak-agak)
  • Kucai, tauge dan lobak (dicincang halus)

Cara buat cucur udang:

  1. Campurkan tepung, yis, gula, garam, telur dan air suam. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan udang, kucai, tauge dan lobak. Gaul rata.
  3. Perapkan seketika selama 1/2 jam (30 minit).
  4. Panaskan minyak dalam kuali.
  5. Ambil sedikit adunan dengan senduk dan goreng hingga kekuningan.
  6. Angkat dan tos minyak. Sedia untuk dihidangkan bersama sos pencicah.

Bahan-bahan sos pencicah:

  • 2 biji cili hidup merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil tepung jagung (untuk memekatkan sos)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara buat sos pencicah:

  1. Kisar cili hidup dan bawang putih hingga hancur.
  2. Masak bahan kisar dalam kuali, kemudian tambahkan gula dan garam mengikut cita rasa.
  3. Campurkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos. Kacau hingga sebati dan pekat.
  4. Angkat dan sedia untuk dicicah dengan cucur udang.

Sumber: Haziatul Azuma

Baca juga: Resipi Cekodok Kampung ‘Style’ Mak-Mak Buat, Dah Makan Banyak Pun Tak Puas!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN