resipi sate ayam

Ramai yang ingat resipi sate ayam leceh dan susah dibuat. Sebenarnya, bila dah tahu teknik perap yang betul, cara membuatnya sangatlah mudah.

Terutamanya ikut cara perap dua kali seperti dalam resipi ini, hasilnya memang lain macam. Isi ayam jadi lebih lembut, berjus dan rasa rempah betul-betul meresap sampai ke dalam.

Menariknya, resipi ini tak guna bawang merah, jadi kurang risiko hangus masa bakar. Sesuai sangat untuk yang nak hasil sate cantik, masak sekata dan penuh rasa. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Lontong Kuah Lodeh Yang Meriah Isi & Tak Cepat Basi, Pekat Begini Barulah Puas Hati!

RESIPI SATE AYAM LEMBUT DAN BERJUS

resipi sate ayam

Bahan utama:

  • 2 kg isi ayam
  • 8 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 senduk serbuk rempah sate
  • 2 keping manisan atau 1 ketul gula melaka
  • 2 senduk minyak masak
  • 400 g gula
  • 3 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar rempah kurma

Nota: Tidak menggunakan bawang merah untuk elakkan sate cepat hangus ketika dibakar.

Bahan rempah sate (kisar kering):

  • Ketumbar (4 bahagian)
  • Jintan manis (2 bahagian)
  • Jintan putih (1 bahagian)
  • Kunyit serbuk (2 bahagian)

Nisbah: 4 : 2 : 1 : 2

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong isi ayam mengikut saiz yang dikehendaki. Basuh bersih dan toskan.
  2. Masukkan ayam ke dalam bekas atau besen yang sesuai.
  3. Tambahkan serbuk rempah sate dan rempah kurma ke dalam ayam.
  4. Kisar serai, lengkuas, kunyit hidup dan bawang putih hingga halus.
  5. Tuangkan bahan kisar ke dalam ayam.
  6. Masukkan gula Melaka (atau air manisan), minyak masak, garam dan gula.
  7. Gaul sehingga semua bahan sebati dan ayam disaluti rata dengan perapan. Perap selama 4 jam.
  8. Selepas itu, simpan dalam freezer semalaman.
  9. Keesokan hari, keluarkan ayam dan biarkan ia cair. Perap lagi selama 4 jam untuk hasil lebih padu.
  10. Cucuk ayam pada lidi sate mengikut saiz yang diinginkan.
  11. Bakar sehingga masak dan sedikit garing di luar.

Sumber: Kitab Turath

Baca juga: Resipi Laksa Siam Berkuah Lemak Pedas & Pekat, Makan Berselera Sampai Kuah Pun Licin

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN