Categories: Resipi

Wanita Ini Kongsi Resipi Satay Hasil Jualan Turun-Temurun Keluarga, Lengkap Bersama Kuah Kacang Lazat

Jom cuba resepi satay yang dikongsikan oleh Aisyah Mohd Nor ini. Sesuai dijadikan hidangan pada pagi Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menurutnya juga, resipi ini merupakan hasil jualan keluarnya yang turun-temurun dari arwah datuknya sehingga ke anak cucu sekarang. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ikut Saja Langkah Demi Langkah Resipi Rendang Ini, ‘Confirm’ Jadi!

RESEPI SATAY HOMEMADE SEDAP

Bahan-bahan:

  • Isi dada atau peha ayam 10kg
  • Gula 3kg
  • Garam 5 sudu (jangan membukit)
  • Aji 2 sudu
  • Serbuk kunyit babas 125g

Bahan-bahan kisar:

  • Jintan manis biji 20 sudu
  • Jintan putih biji 10 sudu
  • Serbuk ketumbar babas 10 sudu
  • Serai 10 batang
  • Lengkuas 2 ibu jari
  • Halia 2 ibu jari
  • Bawang putih 1 labu
  • Bawang besar 2 biji

Bahan renjis semasa bakar:

  • 2 sudu susu pekat manis atau santan
  • Air perapan satay
  • Air masak sikit
  • Minyak masak

Cara-cara:

1. Potong dadu isi ayam, kulit ayam (celur sekejap) yang dipotong kecil. Masuk semua bahan termasuk bahan kisar dan gaul rata.

2. Perap selama 2 hingga 3 jam. Bila dah siap perap, cucuk pada lidi.

3. Satukan bahan renjis. Renjis pada satay ketika sedang dibakar. Bau akan jadi harum semerbak.

RESIPI KUAH KACANG

Bahan-bahan:

  • Kacang tanah 3kg
  • Minyak masak 1kg
  • Cili kering
  • Gula 1 kg
  • Garam
  • Air perapan satay 5 cawan

Bahan-bahan kisar:

  • Jintan manis biji 10 sudu
  • Jintan putih biji 5 sudu
  • Serbuk ketumbar babas 5 sudu
  • Serai 5 batang
  • Lengkuas 1 ibu jari
  • Halia 1 ibu jari
  • Bawang putih 1⁄2  labu
  • Bawang besar 1 biji

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan kacang bila minyak dah panas, kacau sekejap jangan sampai hitam. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian goreng pula cili kering. Angkat dan sejukkan.
  3. Bila kacang dan cili kering dah sejuk, tumbuk atau kisar (campur air) kedua-dua bahan ini. Ketepikan.
  4. Tumis bahan-bahan kisar (serai/lengkuas/bawang putih/merah/halia/jintan manis/putih/ketumbar) dalam kuali dalam minyak sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian, masukkan kacang dan cili kering yang sudah dikisar tadi. Perasakan dengan gula dan garam. Boleh letak ajinamoto jika suka.

Selamat mencuba!

Kredit: Aisyah Mohd Nor

Baca juga: Cara Buat Lontong Yang Sedap ‘Padu’, Tak Puas Hirup Kuah Sampai Licin!

Nasiha

Recent Posts

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

7 hours ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

7 hours ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

7 hours ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

7 hours ago

Pasta Ayam Goreng Pedas, Guna Pasta Jenis Ini Lagi Sedap & Cepat Masak!

Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…

8 hours ago

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

10 hours ago