Ibu-ibu di luar sana pasti ada masa tidak sempat untuk memikirkan resipi sarapan pagi untuk bayi. Kalau ulang menu sama, pasti bayi pun akan merasa jemu lebih-lebih lagi bayi yang agak memilih makanan.
Artikel hari ini MyResipi akan kongsikan 6 resipi sarapan bayi yang sangat cepat tetapi boleh menaikkan selera si comel anda oleh Puan Superyana menerusi laman sesawang Facebook.
Baca juga: Wanita Ini Kongsi ‘Hacks’ Simpan Santan Segar Untuk Makanan Bayi, Kreatif Sangat!
RESIPI SARAPAN PAGI UNTUK BAYI
1. Lempeng Sayur
Bahan:
- Jagung, carrot, brokoli
- Telur
- Minyak masak
Cara menyediakan:
1. Rebus jagung, carrot, dan brokoli sehingga lembut.
2. Pecahkan telur dan masukkan sayur yang direbus. Kacau sehingga sebati.
3. Goreng dengan sedikit minyak masak sehingga keperangan.
2. Telur Kukus
Bahan:
- Brokoli, tomato, carrot
- Telur
- Serbuk ayam, mix herbs
Cara menyediakan:
1. Potong kecil brokoli, tomato, dan carrot.
2. Pecahkan telur dan masukkan sayur yang dipotong. Kacau sehingga sebati.
3. Perasakan dengan serbuk ayam dan mix herbs.
4. Kukus selama 10-15 minit.
3. Pizza Pisang dan Oat
Bahan:
- Pisang
- Telur
- Oat
- Susu full cream
- Butter
Cara menyediakan:
1. Lenyek pisang dan pecahkan telur.
2. Tambahkan oat dan sedikit susu full cream. Kacau sehingga sebati.
3. Cairkan butter, lalu tuangkan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya.
4. Masak sehingga keperangan.
4. Cucur Kentang
Bahan:
- Kentang
- Telur
- Tepung gandum
- Serbuk ayam
- Lada sulah
- Minyak masak
Cara menyediakan:
1. Potong kentang secara memanjang dan rebus sehingga lembut.
2. Pecahkan telur dan tambahkan sedikit tepung gandum.
3. Masukkan kentang yang telah direbus dan kacau sehingga sebati.
4. Perasakan dengan serbuk ayam dan sedikit lada sulah.
5. Goreng sehingga keperangan.
5. Tauhu Berlauk
Bahan:
- Tauhu
- Telur
- Isi ayam
- Carrot
- Bawang holland
- Daun sup
- Lada sulah
- Serbuk ayam
Cara menyediakan:
1. Kisar tauhu, telur, dan isi ayam sehingga halus.
2. Potong kecil carrot, bawang holland, dan daun sup.
3. Campurkan bahan kisar dan sayur yang dipotong.
4. Perasakan dengan lada sulah dan serbuk ayam, kemudian kacau sehingga sebati.
5. Kukus selama 10-15 minit.
6. Celupkan tauhu dalam telur dan goreng sehingga garing.
6. Telur Gulung
Bahan:
- Telur
- Carrot
- Daun bawang
- Butter
Cara menyediakan:
1. Pecahkan telur dan campurkan dengan carrot dan daun bawang yang dicincang halus.
2. Cairkan sedikit butter dalam penggorengan anti lekat.
3. Tuangkan sedikit telur ke dalam penggorengan dan ratakan.
4. Bila bahagian bawah telur mula masak, gulung telur dan tuangkan lagi telur, ulangi proses sehingga telur habis.
5. Bila telur sejuk, potong dan hidangkan.
Selamat mencuba ibu-ibu. Semestinya makanan dari air tangan ibu lebih berkhasiat untuk bayi. Semoga resipi-resipi ini sesuai dengan selera si comel.
Kredit: Superyana
Baca juga: Bukan Saja Penyedap Makanan, Ini Khasiat Minyak Sapi Yang Ramai Tak Tahu