Sandwich telur sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masa. Simple tapi sedap dan mengenyangkan. Resipi sandwich telur ini juga sangat ringkas.
Hanya menggunakan dua bahan mudah, anda sudah boleh menghasilkan sandwich yang sedap. Anak-anak mesti suka, pasti berselera makan!
Sesuai dimakan tak kira siang atau malam. Ibu-ibu boleh buat untuk bekal anak ke sekolah atau sesuai juga dibuat bekal untuk berkelah.
Baca juga: Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal
1. Bersihkan telur dan rebus hingga masak. Kemudian kupas kulitnya. Jumlahnya bergantung banyak mana sandwich yang anda mahu buat.
2. Masukkan telur rebus tadi ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian lenyek menggunakan garpu hingga halus.
3. Seterusnya masukkan mayones dengan secukupnya. Jenama bergantung pada selera masing-masing.
4. Jika suka, boleh juga menambah serbuk lada sulah, garam dan juga perasa. Bergantung pada selera masing-masing.
5. Gaul inti hingga sebati.
6. Ambil roti dan sapukan inti telur tadi dengan secukupnya. Lebih enak jika roti disapu dengan planta terlebih dahulu.
7. Sandwich Telur paling ringkas sedia untuk dinikmati.
Kredit: Roha Adrinna
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…
Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…