resipi sambal udang pedas

Bagi penggemar sambal, resipi sambal udang pedas daripada ChefPapa ini memang tak boleh dilepaskan! Gabungan rasa udang segar dengan cili pedas yang dimasak pekat, ditambah dengan aroma daun kari sedikit serta belacan, membuatkan sambal ini lebih istimewa!

Jika anda nak tahu, untuk sambal yang lebih pekat, boleh tambah sedikit gula Melaka untuk rasa manis yang lebih mendalam dan jika ingin lebih pedas, boleh tambah cili padi kisar semasa memasak cili kisar.

Jom baca resipi lengkap di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Cucur Jagung Bersama Sos Cili, Dah Sejuk Pun Masih Terasa Rangupnya

RESIPI SAMBAL UDANG PEDAS

Bahan-bahan:

  • 1 kg udang
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Udang kering
  • Belacan
  • 3 tangkai daun kari
  • Cili kisar
  • Asam jawa
  • Garam, gula, dan serbuk perasa: Secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Mulakan dengan menggaul udang yang telah dibersihkan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.

2. Panaskan minyak dan goreng udang seketika sehingga berubah warna. Jangan goreng terlalu lama untuk mengekalkan kelembutan isi udang. Angkat dan toskan. Minyak gorengan udang ini akan digunakan untuk sambal nanti.

3. Kisar halus bawang besar, bawang putih, udang kering dan sedikit belacan. Ini akan menjadi bahan asas yang menyumbang kepada aroma dan rasa sambal yang enak.

4. Panaskan minyak gorengan udang tadi dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan masukkan daun kari untuk aroma tambahan.

5. Teruskan tumis hingga bahan kisar mula pecah minyak, tanda ia sudah masak sempurna dan mengeluarkan aroma yang wangi.

6. Tambah cili kisar ke dalam tumisan dan teruskan masak dengan api sederhana. Kacau selalu sehingga cili juga pecah minyak.

7.  Setelah sambal pecah minyak, masukkan air asam jawa secukupnya untuk memberikan rasa masam yang seimbang. Perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa mengikut selera.

8. Akhir sekali, masukkan udang goreng tadi ke dalam sambal. Gaul rata supaya sambal meliputi setiap bahagian udang.

9. Sambal udang kini siap dihidang! Angkat dari kuali dan letakkan dalam mangkuk hidangan.

resipi sambal udang pedas

Selamat mencuba!

Sumber: Nazri Mat Zain

Baca lagi: Resipi Nasi Daging Air Asam, Nasi Elok Berderai & Daging Jadi Lembut, Memang Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN