Categories: Resipi

Resipi Sambal Sotong, Kuah Cantik Elok & Garing Pecah Minyak!

Siapa peminat sotong di sini? Kalau ada, anda wajib cuba resipi sambal sotong garing pecah minyak ini! Sambal sotong ini istimewa kerana teksturnya yang kering, garing dan sambalnya benar-benar pecah minyak terus menyajikan aroma serta rasa yang memukau.

Sambal sotong ini paling sedap jika dinikmati bersama nasi panas dan ulam seperti timun. Tekstur sotong yang lembut dan sambal yang pekat dengan rasa pedas, masam dan manis akan membuatkan anda tak cukup satu pinggan!

Jom baca resipi lengkap di bawah.

Baca lagi: Tips Cairkan Santan Beku Dari Peti Ais, Teknik Ini Dijamin Santan Jadi Cair Elok!

RESIPI SAMBAL SOTONG

Bahan-Bahan Utama:

  • Sotong segar (dilumur garam dan serbuk kunyit)
  • Serbuk kunyit (untuk rasa lebih sedap)
  • Bawang merah ros (dihiris atau ditumbuk)
  • Bawang putih (dihiris atau ditumbuk)
  • Cili kisar (ikut tahap kepedasan yang anda suka)
  • Sos tiram (sedikit sahaja untuk tambah rasa)
  • Air asam jawa (untuk rasa masam seimbang)
  • Garam, gula melaka, dan serbuk perasa (mengikut citarasa)

Cara Penyediaan:

1. Sotong yang telah dibersihkan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Biarkan seketika. Serbuk kunyit ini bukan sahaja memberi warna tetapi juga menambah rasa.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris sehingga naik bau dan sedikit garing.

3. Masukkan cili kisar ke dalam tumisan dan kacau sehingga cili benar-benar pecah minyak. Tambahkan sedikit air dan teruskan menumis sehingga sambal menjadi garing dan kering.

4. Tambahkan sos tiram ke dalam sambal. Gaul rata.

5. Masukkan air asam jawa untuk seimbangkan rasa sambal. Renehkan sambal sehingga semakin pekat dan airnya berkurangan.

6. Masukkan sotong yang telah dilumur kunyit tadi. Anda tidak perlu menambahkan air kerana air sotong akan keluar dan bersatu dengan sambal.

7. Masak sehingga sotong sebati dengan sambal seterusnya menjadi garing.

8. Perasakan sambal dengan garam, gula melaka dan serbuk perasa. Jika suka, tambahkan bawang hiris di saat akhir untuk tekstur tambahan.

Sumber: Syalfarina Razali 

Baca lagi: Buat Sendiri Sate Ayam Homemade, Puas Hati Boleh Dapat Banyak Cucuk!

 

Aisha Qistina

Recent Posts

Nasi Lemak Sedap Tanpa Santan, Lebih Berselera Makan Dengan Sambal Kosong

Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…

5 mins ago

9 Makanan Instant Wajib Dibawa Ketika Travel, Yang ‘Last’ Tu Serius Berguna!

Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…

20 hours ago

Tip Tanam Pokok Daun Kesum, Guna Petua Ini Dijamin Lebat Merimbun!

Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…

23 hours ago

Kreatifnya Resepi Kuih Lopes Batik Ini, Cantik Dan Sedap Seperti Yang Asli!

Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…

23 hours ago

Resipi Kuih Puteri Ayu Gebu Gebas, ‘First Time’ Buat Pun Pasti Menjadi

Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…

23 hours ago

Resipi Tiramisu Tanpa Kuning Telur, Versi Ringkas Yang Senang Nak Buat!

Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…

23 hours ago