sambal jawa

Sambal jawa sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Setiap kali pergi kenduri di kampung, salah satu hidangan yang disajikan adalah sambal jawa inilah.

Dalam masakan ini ada fucuk, suhun, tempe, kentang dan sebagainya. Meskipun bahan yang digunakan kelihatan banyak, tapi sebenarnya cara memasaknya sangatlah mudah.

Sangat berselera kalau makan dengan nasi panas-panas. Tengok gambar pun dah terliur. Apa kata jom kita cuba masak sendiri menggunakan resipi oleh Nabila Zaidi di bawah.

Baca juga: Cara Mudah Buat Sate Goreng Versi Masakan Jawa

CARA MASAK SAMBAL JAWA

Bahan-bahan kisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Udang kering

Cara-cara:

1. Tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan 2 sudu cili kering, letak sedikit rencah daging sebagai penyedap serta renjis kicap manis.

2. Letakkan suku kota santan supaya lebih berlemak.

3. Masukkan fucuk dan suhun. Lebihkan jika suka.

4. Masukkan tauhu, tempe, pedal dan hati ayam, kentang dan udang yang sudah digoreng terlebih dahulu.

5. Akhir sekali, letakkan kacang buncis dan cili merah besar.

6. Rasa dan tambah apa yang tak cukup. Renjis kicap atau perasa garam gula. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

sambal jawa

Selamat mencuba!

Kredit: Nabila Zaidi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN