Categories: Resipi

Resipi Sambal Goreng Jawa, Menu Yang Terpaling Marhaen Tapi Menjilat Jari

Musim hujan begini memang sesuai untuk hidangan yang ringkas tetapi mengenyangkan. Resipi sambal goreng jawa adalah salah satu pilihan terbaik, bukan sahaja kerana kosnya yang rendah, tetapi juga rasa yang enak dan pelbagai bahan yang menyelerakan.

Resipi ini bukan sahaja mudah disediakan tetapi juga fleksibel. Anda boleh menambah bahan-bahan lain seperti udang kecil atau isi ayam untuk variasi.

Selain itu, kicap manis adalah kunci rasa pada hidangan ini. Jadi, pastikan anda menggunakan kicap berkualiti.

Baca lagi: Buat Sendiri Burger Ala Prosperity, Puas Hati Boleh Makan Satu Keluarga!

RESIPI SAMBAL GORENG JAWA

Bahan-Bahan Utama:

  • Tempe: 2 keping, dipotong mengikut saiz yang diingini
  • Tauhu: 3 keping, dipotong kecil
  • Ubi kentang: 3 biji, dihiris nipis
  • Suhun: Direndam sehingga lembut
  • Kacang panjang: Dipotong serong
  • Cili padi: Diiris halus
  • Bawang merah: 5 ulas, dihiris
  • Bawang putih: 4 ulas, dihiris
  • Cili boh: 2 sudu besar
  • Halia: Sedikit, ditumbuk halus
  • Kicap manis: Secukup rasa

Cara Memasak:

1. Potong tempe dan tauhu mengikut saiz yang dikehendaki, kemudian gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga kekuningan, ketepikan.

2. Hiris ubi kentang nipis dan goreng hingga garing. Ketepikan.

3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, halia, dan cili boh hingga wangi.

4. Tambahkan sedikit garam, gula, dan serbuk perasa untuk menyempurnakan rasa.

5. Masukkan suhun yang telah direndam ke dalam tumisan sambal. Gaul hingga sebati.

6. Masukkan tempe, tauhu, ubi kentang, dan kacang panjang ke dalam kuali. Gaul hingga semuanya bercampur dengan rata.

7. Tuangkan kicap manis mengikut cita rasa anda. Gaul lagi sehingga kacang panjang lembut dan semua bahan menjadi sebati.

8. Tutup api, hidangan siap sedia untuk dihidangkan.

Sambal goreng jawa ini sesuai dinikmati bersama nasi putih panas dan padankan dengan masak lemak pucuk ubi atau lauk lain kegemaran keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: AeJaa Sabri

Baca lagi: Cara Masak Tomyam Tanpa Pes, Resipi Tak Pedas Sesuai Untuk Budak

Aisha Qistina

Recent Posts

Resipi Brownies Kunafa Pistachio Rangup & ‘Chewy’, Berbaloi Buat Sendiri!

Brownies kunafa pistachio adalah hidangan unik yang menggabungkan kelembutan brownies dengan kerangupan kunafa serta rasa…

8 hours ago

Buat Sendiri Matcha Latte Paling Sedap Di Rumah, Tak Perlu Beli Lagi!

Matcha latte kini semakin popular di kalangan pencinta kopi dan teh di seluruh dunia dan…

11 hours ago

Lelaki Ini Kongsi Resipi Ayam 65, Senang Sungguh Rupanya!

Resipi ayam 65 adalah hidangan popular dari India yang terkenal dengan rasa pedas dan rempah…

12 hours ago

Cara Buat Apam Bunny Viral, Wanita Ini Kongsi Teknik Sampai Hasil Jadi Comel

Sekarang mula viral di media sosial tentang acuan bunny untuk buat puding yang comel. Tak…

12 hours ago

Resipi Kuetiau Sup Ayam Campak-Campak, Kuah Ringan Tapi Penuh Dengan Rasa

Sedapnya resepi kuey teow sup ayam ini! Nak masak pun sangat mudah. Dalam masa yang…

12 hours ago

Lelaki Ini Kongsi Resepi Puding Kek Batik Versi Jimat, Sumpah Sedap Dan Berbaloi

Buat anda yang sukakan pencuci mulut yang ringkas dan mudah dibuat di rumah, kami cadangkan…

12 hours ago