Categories: Resipi

Resipi Brownies Kunafa Pistachio Rangup & ‘Chewy’, Berbaloi Buat Sendiri!

Brownies kunafa pistachio adalah hidangan unik yang menggabungkan kelembutan brownies dengan kerangupan kunafa serta rasa pistachio yang mahal.

Daripada anda beli di luar dengan harga yang mahal, lebih baik sekiranya anda mencuba sendiri resipi viral ini di rumah yang pastinya berbaloi.

Berikut adalah langkah-langkah penyediaan brownies kunafa pistachio untuk loyang bersaiz 8×8 inci.

Baca lagi: Lelaki Ini Kongsi Resepi Puding Kek Batik Versi Jimat, Sumpah Sedap Dan Berbaloi

RESIPI BROWNIES KUNAFA PISTACHIO

Bahan-Bahan dan Penyediaan:

Bahan untuk Kunafa Pistachio:

  • 130g doh kunafa
  • 50g mentega tulen
  • 180g pes pistachio
  • 30g minyak

Cara Penyediaan Kunafa Pistachio:

1. Potong kecil-kecil doh kunafa menggunakan pisau, kemudian leraikan supaya mudah digaul.

2. Panaskan mentega sehingga cair, masukkan doh kunafa yang telah dileraikan. Masak sehingga kunafa menjadi garing dan mentega sebati.

3. Campurkan pes pistachio dengan minyak, kacau hingga sebati.

4.  Angkat doh kunafa yang telah garing tadi, kemudian masukkan pes pistachio yang telah dicampur minyak. Gaul hingga semua doh bersalut rata.

Bahan untuk Brownies:

  • 100g mentega
  • 250g coklat gelap (campuran dark dan milk chocolate mengikut citarasa)
  • 2 biji telur gred A/B
  • 120g gula perang (blend hingga halus)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 100g tepung naik sendiri
  • 30g serbuk koko
  • Secubit garam halus

Cara Penyediaan Brownies:

1. Cairkan mentega bersama coklat gelap menggunakan kaedah double boil.

2.  Campurkan telur, gula perang, dan esen vanila. Kacau hingga sebati (tidak perlu kembang).

3. Masukkan campuran mentega dan coklat cair (ketika masih panas) ke dalam adunan telur. Kacau hingga sebati.

4. Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, dan garam. Masukkan ke dalam adunan coklat dan kacau hingga sebati.

Cara Menggabungkan Brownies dan Kunafa:

1.  Masukkan separuh adunan brownies ke dalam loyang yang telah dialas baking paper.

2. Taburkan sedikit adunan kunafa di atas lapisan brownies (kira-kira 50g untuk rasa rangup yang ringan).

3. Tuangkan baki adunan brownies di atas lapisan kunafa tadi dan ratakan.

4. Taburkan baki kunafa di atas lapisan brownies.

5. Bakar pada suhu 150°C selama 45 minit menggunakan api atas dan bawah tanpa kipas.

6. Jika ada lebihan adunan kunafa, taburkan sekali lagi selepas brownies siap dibakar untuk menambahkan tekstur rangup.

7. Drizzle brownies yang telah masak dengan pes pistachio untuk sentuhan akhir yang lebih mewah.

Tips:

  • Pastikan lapisan kunafa dalam brownies tidak terlalu tebal untuk mengekalkan keseimbangan antara tekstur rangup dan chewy.
  • Simpan brownies dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerangupannya.

Sumber: Puan Eha

Baca lagi: Resipi Roti Sardin Mini Rangup, Tak Serap Minyak Bila Goreng!

Aisha Qistina

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

10 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

10 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

10 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

10 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

12 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

13 hours ago