Categories: Resipi

Lelaki Ini Kongsi Resepi Puding Kek Batik Versi Jimat, Sumpah Sedap Dan Berbaloi

Buat anda yang sukakan pencuci mulut yang ringkas dan mudah dibuat di rumah, kami cadangkan anda cuba resepi Puding Kek Batik yang sangat lazat dan cair di mulut.

Selama ini kita dengar tentang kek batik saja, tapi kali ini kami terjumpa resepi Puding Kek Batik yang cukup luar biasa dan hasilnya tak sama seperti kek batik yang biasa dibuat.

Resepi Puding Kek Batik ini telah dikongsikan oleh Nazri Ahmad di Facebook yang mendapat perhatian ramai kerana ideanya untuk menggabungkan puding dan kek batik  sungguh menarik. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Batik Pandan Lembut Yang Mudah, Resipi Ini Sumpah Tangkap Leleh!

RESIPI PUDING KEK BATIK

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 2/3 cawan susu pekat manis
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 paket atau 10g serbuk agar-agar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 20 keping biskut marie (patah 4)
  • 1 keping atau 180g coklat masakan hitam
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, bancuh susu cair, air, susu pekat manis, serbuk koko, agar-agar dan tepung jagung, kemudian kacau sehingga larut.

2. Selepas itu, masak atas api perlahan sehingga mendidih.

3. Masukkan coklat masakan dan mentega, kemudian kacau sehingga larut.

4. Seterusnya, tuang 2 senduk adunan ke dalam loyang dan masukkan biskut marie yang telah dipatahkan.

5. Kemudian, curahkan adunan puding ke atas biskut perlahan-lahan sehingga habis.

6. Akhir sekali, boleh sejukkan dalam peti ais selama beberapa jam dan boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!

Bukan saja cara buatnya sangat mudah, malah bahan-bahan yang digunakan juga tak terlalu banyak dan lebih jimat. Setelah mencubanya, kami yakin anda akan puas hati nanti.

Bayangkan tekstur lembut pada puding bersama biskut rangup, betul-betul mengundang selera. Tak payah tunggu lagi, jom buat resepi Puding Kek Batik ini di rumah sekarang.

Selamat mencuba!

Sumber: Nazri Ahmad

Baca juga: Resepi Kek Batik Rangup Tanpa Loyang, Boleh Buat Guna Bekas Biasa Di Rumah

Aimi

Recent Posts

Harum Aroma Telur, Manisnya Pun Tak Terlebih! Ini Resipi Kuih Bahulu Gebu Buat Sendiri Di Rumah

Resepi kuih bahulu ini sesuai dicuba bagi anda yang ingin menyediakan sendiri kuih tradisional kegemaran…

16 minutes ago

Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging

Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…

2 hours ago

Resipi Ikan Tenggiri Masak Sambal, Kuah Masam Manis Meresap Sampai Dalam Isi Ikan!

Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…

2 hours ago

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

3 hours ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

18 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

18 hours ago