
Resipi sambal belacan kenduri Kelantan memang antara sambal kampung yang tak pernah gagal buat orang tambah nasi. Bau wangi sambal sahaja dah cukup untuk buat selera terbuka, apatah lagi bila dimakan bersama lauk kampung panas-panas.
Menariknya, sambal ini tidak memerlukan bahan yang pelik atau sukar dicari. Tapi yang membezakan sedapnya sambal ini ialah cara penyediaan dan teknik kecil yang ramai orang terlepas pandang.
Kalau kena cara, sambal ini boleh jadi cukup padu dengan rasa pedas, masam dan sedikit manis yang seimbang. Inilah rahsia yang buatkan sambal kenduri Kelantan sentiasa jadi rebutan di meja makan.
Baca juga: Rahsia Buat Sambal Hijau Ketagih, Cicah Ulam Atau Lauk Apa Pun Semua Jadi Sedap!
RESIPI SAMBAL BELACAN SEDAP ALA KENDURI KELANTAN

Bahan-bahan:
- Cili padi
- Cili merah besar
- Belacan
- Bawang merah
- Bawang putih
- Limau kasturi
- Gula
- Garam
Cara-cara penyediaan:
- Bakar belacan bersama bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau wangi. Teknik ini penting untuk naikkan aroma sambal supaya lebih “kick”.
- Masukkan cili padi, cili merah, belacan bakar, bawang merah dan bawang putih ke dalam blender atau lesung. Kisar atau tumbuk sehingga mencapai tekstur yang diingini.
- Perah air limau kasturi terus ke dalam sambal. Untuk rasa yang lebih “clean”, elakkan memasukkan kulit limau kerana boleh menyebabkan rasa pahit.
- Tambahkan gula dan garam, kemudian gaul hingga sebati. Rasa dan laraskan ikut cita rasa sendiri supaya seimbang pedas, masam dan manis.
- Jika sambal terlalu pekat, boleh tambah sedikit air untuk dapatkan tekstur yang lebih sesuai.
Sumber: Mazura Abdullah
Baca juga: Resipi Stok Sambal Tumis Wajib Ada Dalam Peti, Nak Guna Tinggal Cedok Saja!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














